Tuesday, November 6, 2007

Kental eh

Sejak dari sekolah rendah lagi, aku sering dikaitkan dengan perkataan "kental". Mengapa ya? Adakah ia kerana rambut aku yang sering rapi disikat berbelah tepi ataupun muka aku yang sering di dalam kebinggungan ataupun baju aku yang dimasukkan dengan "smart" di dalam seluar aku yang lebih ketat berbandingan dengan mereka yang bukan "kental". Ataupun kerana aku tidak ambil tahu tentang trend terkini dan pakaian-pakaian aku tidak berjenama ataupun kerana aku tidak melakukan apa yang dilakukan oleh mereka mereka yang bukan "kental"?

"Kental ah kau tak hisap rokok. Kental ah kau gi belajar kat library. Kental ah kau tak gi clubbing." Inilah antara dialog-dialog yang sering kita dengar apabila perkataan "kental" digunakan. Apakah maksud "kental" di dalam konteks ini? Seringkali ramai yang mengaitkan "kental" dengan maksud "uncool".

Walaubagaimanapun, pernah tak seseorang itu fikir tentang apa yang membuat sesuatu perkara itu cool ataupun uncool? Mengapa hisap rokok itu cool, clubbing itu cool dan pulang rumah awal dan pergi ke perpustakaan dianggap uncool.

Ia memerlukan sekumpulan orang untuk membahagikan apa yang cool dan apa yang uncool. Pembahagian ini berbeza di lain tempat oleh lain orang. Sebagai contoh, permainan baseball diibaratkan uncool di Singapura dah permainan bola sepak pula dipandang cool. Di Amerika pula, bola sepak tidak mendapat perhatian berbandingkan dengan perhatian yang diberikan pada permainan baseball. Pada sesetengah kaum, volleyball itu cool tapi bagi sesetengah kaum yang lain, cricket itu cool. Senang kata, cool itu mengikut citarasa sesegolongan itu.

Orang yang tidak mengikuti trend sesegolongan ini pula dianggap uncool dan digelarkan "kental". Tapi mengapa perkataan "kental" yang digunakan. Mengikut kamus, perkataan "kental" membawa erti kukuh, tegas, kuat. Ataupun di dalam bahasa Inggeris, tough, strong. Aku rasa memang cocok perkataan "kental" digunakan pada conteks ini. "Kental" bukanlah membawa erti uncool yang dianggap ramai tetapi kental menyifatkan peribadi seseorang itu yang tidak senang terpengaruh oleh sesegolongan itu.

Dengan ini, janganlah kita ambil hati apabila digelar "kental". Anggaplah ia bagai satu pujian. Ia menunjukkan bahawa peribadi kita itu kental dan tidak senang digoyangkan orang.

3 comments:

Anonymous said...

what does it mean when it states susu kental? i know ive come across this term before.. and i tht it was damn funny. is it like susu pekat? hard susu? oh man. now THAT has strange connotations.

Shixx said...

well.. regardless of what others (myself included) say about your kentalness, we've been thru this a million and five times. girls like the selenge vibes you always exude.. hahah.. the way you dress MIGHT be a cause.. but i think it's the look in your face.. you look like a lost boy sometimes.. hahaha..

but anyhow, your take on what it means to be kental works too.

anw, aku kena tegur by 2 cikgu melayu pasal melayu aku merepek.. sigh...

farhanah sultan said...

helllo mr.kental :)

Actually,I dont think ur kental.
Why do ppl think your kental?

You are what you think of yourself.If u think ur cool,then u BECOME cool. If u think ur kental,then u become kental.

So,think COOL. But seriously,ur not kental :)