Sunday, November 4, 2007

motorsikal ku

Entry ku yang pertama.
Hari ini aku dan kawan kawan merancang untuk pergi ke rumah cikgu. Oleh kerana mood raya masih ada lagi dan setiap tahun kami mengunjungi rumahnya, kurang complete lah sekiranya kami tidak pergi ke rumahnya.

Aku meminta izin ibu untuk menggunakan motosikalku untuk ke rumah cikgu. Sudah masuk 3 bulan aku tidak menunggang motorsikal itu atas sebab sebab tertentu. Mula mula ibu seperti berbelah bagi untuk membenarkan aku munggunakan motorsikal itu. Tetapi setelah pujuk rayu, ibu tergerak hati untuk memberikan keizinan dia. Seronok betul rasanya. Sebelum aku melangkah keluar rumah, ibu berpesan supaya aku meletakkan kupon meletak kenderaan dan mengisi minyak motorsikal sebelum aku pergi ke rumah cikgu.

"Leceh betul ah mak! Tak payah lah. Bukannya jauh. Sekejap je per..."

Aku mengendahkan kata kata ibuku. Takkan letak motor sekejap je kena saman kan... Aku pun mengambil kawan ku dan terus ke rumah cikgu. Sampai sahaja di sana, sedang aku mencari tempat yang kosong untuk meletak motorsikal aku, aku ternampak sekumpulan "mat" bersembang di bawah kolong. Ini "mat mat" bukan sembarang "mat mat" ini "mat mat" berbaju putih berseluar biru. "Mat" parking lah. Alamak macam mana ni "mat mat" boleh ada ni. Dah lah aku tak ada kupon. Haiz, terpaksa aku dan kawan aku keluar dari kawasan itu dan terus pergi kedai yang terdekat untuk mendapatkan kupon.

Pengajaran pertama: dengar cakap ibu. Ibu suruh beli kupon pergi beli. Nasib baik nampak mat mat tu. Kalau tidak kena saman baru padan.

Setelah membeli itu kupon, kita pun naik lah ke rumah cikgu. Haha... Lama tak nampak anak cikgu. Sudah besar pun. Cute semacam... Haha ok. Balik cerita. Oh lupa makan pun best. Setelah makan, bersembang, berbual, mengenangkan kisah kisah di zaman persekolahan, kita pun balik.

Setelah menghantar kawanku balik aku pun apa lagi, balik lah. Sedang seronok aku melepaskan rasa rindu menunggang motorsikalku, tiba tiba, motorsikal aku seolah olah tidak bernyawa. Tiba tiba, bunyi nya senyap, lampu nya padam, asapnya pudar. Apa dah jadi ni. Apa lagi!!! Minyak dah habis ah. Haik, tidak kusangka, nasib aku betul malang ah malam ni. Motorsikal aku mati di tengah tengah ekpressway. Apa nak buat nasib badan. Aku cuba menghidupkan motorsikal aku. Tendang punya tendang, asap pun tak ada. Apa aku nak buat? Aku menelefon ah bapa aku untuk mendapatkan petunjuk. Ayah, motor tak hidup. Rasa rasa minyak dah habis. APASAL NAIK MOTOR??? KAN DAH KATA JGN NAIK MOTOR!!! Haik... Ohh lupa aku nak kata, bapa aku memang tidak membenarkan aku tunggang motorsikal itu atas sebab sebab tertentu. Sebab itulah mak aku berbelah bagi. Haiz bukan pentujuk aku dapat, dapat tengkeng ada ah. Bapa aku terus meletak talifon. Really on my own now.

Aku tendang dan tendang itu kick start. Ahhh... Hidup pun. Cepat cepat aku naik, and perah minyak yang tidak seberapa. Motorsikal itu bergerak walaupun tidak jauh tapi sampai ke persimpangan berdekatan dengan rumah aku. Dekat pun tak lah gitu dekat. Dalam tiga perhentian bas. Apa lagi terpaksa lah aku tolak. Aku naik ke atas pavement masih duduk di atas motorsikal aku sambil mengayuh menggunakan kaki aku. Dari jauh, aku seolah olah menaiki basikal memakai helmet. Aku mengayuh dan mengayuh motorsikal aku menuju ke stesen minyak yang tidak begitu jauh dari rumah aku. Sedang aku mengayuh ada apek tua ini menaiki basikal lalu di sebelah aku. Ini betul betul mengingatkan aku akan adegan Mr bean dimana dia menaiki basikal dan megayuh lebih laju daripada sebuah kereta.

Akhirnya sampai juga aku di stesen minyak. Dan alhamdulillah dapat juga aku balik ke rumah.

Pengajaran kedua: dengar cakap ibu ayah. Ibu suruh isi minyak, isi minyak. Ayah kata jangan naik motor, jangan naik motor.

2 comments:

Shixx said...

HAHAHAH!
1. Congratulations on your first entry.
2. PADAN MUKA! lain kali degil2 lagi..
3. Kaki kau dah baik blm nak naik2 motor ni semua hah?

Anonymous said...

HAHAHA!! baik haffiizz... BAgus nyer pengajaran..i didnt read the whole thing.. tooo malaayy.. haha!!